Penerangan istana masa kini Istana Louvre

Kompleks

Istana Louvre masa kini adalah sebuah kompleks besar sayap-sayap dan astaka-astaka pada empat tingkat utama yang, walaupun ia kelihatan telah bersatu, adalah sebabnya banyak fasa bangunan, modifikasi, kemusnahan dan pengembalian. Istana ini terletak di tebing kanan Sungai Seine di antara Rue de Rivoli di utara dan Quai François Mitterrand di selatan. Di barat adalah Jardin des Tuileries dan, di timur, Rue de l’Amiral de Coligney (muka hadapan yang termasyhurnya, dicipta oleh Claude Perrault) dan Place du Louvre. Kompleks ini menduduki 40 hektar dan membentuk dua kuadrilateral utama yang memagari dua halaman dalam besar: Cour Carrée (“Halaman Segi Empat Sama”), diselesaikan di bawah Napoleon I, dan Cour Napoleon yang lebih besar dengan Cour du Carrousel di sebelah baranya, dibina di bawah Napoleon III. Cour Napoleon dan Cour du Carrousel dipisahkan oleh jalan yang digelar Place du Carrousel

Kompleks Louvre boleh dibahagikan ke dalam “Louvre Lama”: astaka zaman pertengahan dan pembaharuan dan sayap-sayap mengelilingi Cour Carrée, dan juga Dewan Cermin memanjang ke barat di sepanjang tebing Seine; dan “Louvre Baru”: yang astaka dan sayap abad ke-19 memanjang di sepanjang bahagian utara dan selatan Cour Napoleon bersama dengan pemanjangan mereka ke barat (utara dan selatan Cour du Carrousel) yang terdahulunya sebahagian dari Palais des Tuileries (Istana Tuileries) yang telah lama hilang.

Sesetengah 51,615 m ps (555,000 kaki ps) di kompleks istana ditumpukan ke ruang tingkat pameran am. Kompleksnya sangat besar yang seorang dapat melawat setiap hari untuk seminggu dan mungkin tidak dapat memberi lebih daripada suatu kelihatan speintas lalu pada tiap pamerannya.

“Louvre Lama”

Cour Carrée "Louvre Lama" menghadap barat (kiri ke kanan: Aile Lescot, Pavillon Sully (de l'Horloge), Aile Lemercier).

Louvre Lama menduduki tapak kubu abad ke-12 Raja Philip Augustus, juga digelarkan Louvre. Asasnya dapat dilihat di tingkat bawah tanah sebagai jabatan “Louvre Zaman Pertengahan”. Strukturnya dinaikkan pada 1546 oleh Raja Francis I dengan gemarnya sebuah tempant kediaman diraja lebih besar yang telah ditambahkan oleh hampir setiap raja pengganti Perancis. Raja Louis XIV, yang tinggal di Louvre hingga keberangkatan baginda Versailles pada 1678, menyelesaikan Cour Carrée, yang ditutup pada bahagian bandar oleh sebuah colonnade. Louvre Lama sebuah kuadrilateral dengan anggaran 160 meter pada satu belah terdiri dari 8 ailes (sayap) yang disempurnakan oleh 8 pavilion (astaka). Bermula di sudut barat daya dan bergerak ikut arah jam, pavillions terdiri dari yang berikut: Pavillon de Beauvais, Pavillion de Marengo, Northeast Pavilion, Central Pavilion, Southeast Pavilion, Pavillon des Arts, Pavillon du Roi, dan Pavillon Sully (bekasnya, Pavillon de l’Horloge). Di antara Pavillon du Roi dan Pavillon Sully adalah Aile Lescot (“Sayap Lescot”): dibina di antara 1546 dan 1551, ia adalah bahagian terlama visible external elevations dan adalah penting pada muatan mold untuk gaya seni bina klasikisme Perancis kemudiannya. Di antara Pavillon Sully dan Pavillon de Beauvais adalah Aile Lemercier ("Sayap Lemercier"): dibina pada 1639 oleh Louis XIII dan Richelieu, ia adalah sebuah pemanjang sayap Lescot dalam gaya Zaman Pembaharuan yang sama. Dengannya, the last external vestiges Louvre zaman pertengahan telah dimusnahkan.

“Louvre Baru”

Sebahagian daripada "Louvre Baru" (Kiri ke kanan: Pavillon Turgot, Pavillon Richelieu, Pavillon Colbert).

Louvre Baru adalah nama yang sering diberikan pada sayap-sayap dan astaka-astaka memanjangkan Istana lebih kurang 500 meter di utara (Napoléon I dan Napoléon III) dan bahagian selatan (Napoléon III) Cour Napoléon dan Cour du Carrousel. Ianya Napoléon III yang menghubungkan Istana Tuileries dengan Louvre pada 1850an, oleh itu akhirnya mencapai Grand Dessein “(Rekabentuk Hebat”) terdahulunya envisaged oleh Raja Henry IV dari Perancis pada abad ke-16. Penyempurnaan ini hanya tahan selama beberapa tahun ringkas sahaja, meskipun, apabila Tuileries telah dibakar pada 1871 dan akhirnya dibakar sepenuhnya pada 1882.

Dahan utara Louvre baru terdiri (dari timur ke barat) dari tiga astaka hebat di sepanjang Rue de Rivoli: Pavillon de la Bibliotheque, Pavillon de Rohan dan Pavillon de Marsan. DI bahagian dalam (bahagian halaman) Pavillon de la Bibliotheque adalah tiga astaka; Pavillon Colbert, Pavillon Richelieu dan Pavillon Turgot; astaka-astaka ini dan sayap-sayap mereka mentakrifkan tiga Halaman subsidiari, dari timur ke barat: Cour Khorsabad, Cour Puget dan Cour Marly.

Dahan selatan Louvre Baru terdiri (dari timur ke barat) dari lima astaka hebar di sepanjang Quai François Mitterrand (dan tebing Seine): Pavillon de la Lesdiguieres, Pavillon des Sessions, Pavillon de la Tremoille, Pavillon des Etats dan Pavillon de Flore. Di bahagian utara pula, tiga astaka dalam (bahagian halaman) (Pavillon Daru, Pavillon Denon dan Pavillon Mollien) dan sayap mereka mentakrifkan tiga lagi Halaman subsidiari: Cour du Sphinx, Cour Viconti dan Cour Lefuel.

Untuk kemudahan, di peta pelawat muzium, dahan utara Louvre Baru, dahan selatan Louvre Baru, dan Louvre Lama designated “Sayap Richelieu”, “Sayap Denon” dan “Sayap Sully, secara tertentu. Ini membenarkan pelawat kasual untuk mencegahkan (pada sesetengah takat) menjadi sangat bingung pada barisan sayap and astaka dinamakan yang membingungkan.

Pavillon de Flore dan Pavillon de Marsan, di lampau bahagian barat Istana (dahan selatan dan utara, secara tertentu), telah dimusnahkan apabila Third Republic membakarkan Tuileries yang diruntuhkan, tetapi berikutnya mengembalikan bermula pada 1874. Flore kemudian berkhidmat sebagai model untuk renovasi Marsan.

Suatu kompleks bawah tanah besar pejabat, kedai, ruang pameran, kawasan penyimpanan, dan kawasan tempat letak kenderaan, dan juga sebuah auditorium, sebuah depot bas pelancong, dan sebuah kafeteria, yang dibina di bawah halaman dalam Louvre Cour Napoléon dan Cour du Carrousel untuk Projek “Grand Louvre” François Mitterrand (1981-2002). Pintu masuk tingkat tanah ke kompleks ini terletak di pusat Cour Napoléon dan dimahkotakan dengan piramid keluli-dan-kaca ketara (1989) direkabentuk oleh arkitek Amerika I.M. Pei.

Rujukan

WikiPedia: Istana Louvre http://france.archiseek.com/ile_de_france/paris/lo... http://www.france-for-visitors.com/paris/louvre/pa... http://books.google.com/books?id=LqsMAAAAIAAJ&dq=p... http://books.google.com/books?id=e_IEO5-OlrIC&dq=p... http://books.google.com/books?id=slFq1L2b58UC&pg=P... http://www.paris-360.com/front/fiche/8-cour-napol%... http://www.paris-walking-tours.com/thelouvre.html http://www.culture.gouv.fr/public/mistral/memoire_... http://www.culture.gouv.fr/public/mistral/merimee_... http://www.louvre.fr/llv/musee/histoire_louvre.jsp...